Buku 100 Usahawan Jutawan:Satu Misi Bantu The Nation yang dilancarkan hari ini.

SEBANYAK 47,000 naskhah buku kisah inspirasi 100 Usahawan Jutawan dicetak sempena hari lahir ke-47 Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd., Datuk Dr. Azizan Osman hari ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International, Radz Mohd. berkata, naskhah terbaharu itu diberikan secara percuma kepada peserta-peserta Wanita Bangkit Berniaga.

“Buku bertajuk 100 Usahawan Jutawan:Satu Misi Bantu The Nation ini mengandungi pengajaran dan inspirasi daripada individu, perniagaan serta hasil sebenar yang dialami mereka.

“Mereka ini berasal daripada pelbagai latar belakang seperti anda, ada suri rumah, pekerja profesional, swasta mahu pun kerajaan.

“Perniagaan dijalankan terdiri daripada 20 industri berbeza seperti pertanian, makanan, fesyen, kecantikan, pembinaan, perkilangan dan banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Program Wanita Bangkit Berniaga akan diadakan pada 26 hingga 28 November anjuran RichWorks dengan kolaborasi strategik Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Baca artikel berkaitan: RichWorks perkasakan PKS dengan program Zero Kos Marketing

Tambah Radz, terdapat pelbagai tips penting bagaimana mereka ini bukan saja bertahan malah berkembang meskipun ketika pandemik bermula tahun lalu.

“Buku setebal 600 muka surat ini sebenarnya berharga RM47 sempena hari lahir pengasas RichWorks namun peserta-peserta Wanita Bangkit Berniaga hanya perlu bayar kos penghantaran sebanyak RM15 bagi lokasi di Semenanjung dan RM20 (Sabah & Sarawak).

“Bagi mereka tinggal di luar negara, kos penghantaran perlu ditanggung mengikut tempat mereka. Bagaimanapun, para peserta Wanita Bangkit Berniaga tidak perlu membayar sebarang kos bagi mendapatkan e-buku bermula hari ini,” jelasnya.

Radz berkata, peserta Wanita Bangkit Berniaga nanti bukan hanya akan mendengar perkongsian secara langsung lebih 30 usahawan jutawan ini malah berpeluang memulakan bisnes bersama mereka ini dengan modal rendah malah ada juga tanpa modal.

“Perkongsian secara langsung pada hujung bulan ini, ditambah dengan buku 100 Usahawan Jutawan pastinya akan memberikan lebih banyak inspirasi, idea dan memberikan seseorang itu keyakinan untuk melakukan tindakan seterusnya.

“Cara pantas dan berkesan untuk mendapatkan hasil dengan mengikut apa yang orang lain lakukan di samping membuat sebarang penambahbaikan mengikut keadaan semasa,” ujarnya.

Untuk mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga dan mendapatkan buku 100 Usahawan Jutawan ini, layari www.wanitabangkitberniaga.com sekarang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram