PENYANYI Haqiem Rusli mengumumkan khabar gembira bahawa dia bakal bernikah pada 19 November ini. 

Haqiem berkata demikian pada Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPBH 34).

Menurut Haqiem, persiapan menuju ke hari bahagianya itu kini sudah selesai sepenuhnya.

“Saya akan berkahwin pada 19 November ini iaitu hari Jumaat. Persiapan sudah selesai, hanya tinggal sesi ‘food testing’ saja.

“Saya dan pasangan akan berkahwin pada sebelah petang, manakala majlis resepsi secara sederhana akan berlangsung pada sebelah malam.

“Saya minta maaf jika ada yang tak dijemput memandangkan jumlah tetamu adalah terhad iaitu kurang 200 tetamu kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 23, memberitahu, bakal isterinya itu adalah rakan kongsi perniagaan yang diusahakan bersama.

“Dia adalah rakan kongsi perniagaan saya. Bagi saya, dia adalah pelengkap kehidupan saya. Dia berumur 19 tahun, nama dia nanti saya akan kongsikan.

“Insya-Allah, saya juga akan lancarkan single yang sangat istimewa sempena hari bahagia kami.

“Judul lagu itu ialah Hitam Saksi Putih yang mana menjadi simbolik akan kehadiran pasangan saya dalam kehidupan saya.

“Insya-Allah, majlis itu juga akan disiarkan secara langsung menerusi akaun Instagram saya dan akan dirakamkan buat tontonan peminat,” katanya.

Dalam pada itu, Haqiem diumumkan sebagai pemenang kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi ABPBH34.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram