Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. GAMBAR: Abd Razak Aid

ORANG ramai disarankan untuk hadir menerima dos penggalak COVID-19 sekiranya memperoleh janji temu bagi mendapatkan suntikan berkenaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pemberian dos penggalak adalah strategi perlindungan yang penting terutama dengan pembukaan sektor ekonomi dan sosial.

Menurut beliau, keberkesanan vaksin COVID-19 akan menurun selepas beberapa bulan.

Atas dasar itulah, Khairy memaklumkan, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) memberikan dos penggalak.

“Pemberian dos penggalak yang berbeza daripada dos asal dilaksana di banyak negara.

“Di Chile, dos penggalak Pfizer kepada penerima Sinovac meningkatkan keberkesanan sehingga 95 peratus.

“Jika anda menerima janji temu untuk dos penggalak, Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan anda hadir dan menerima ‘booster shot’ untuk COVID-19,” katanya dalam hantaran di Twitter, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Dos penggalak untuk 40 tahun ke atas, berkomorbiditi – Khairy

Keberkesanan dos penggalak bagi penerima vaksin Sinovac di Chile. Infografik: KKM

Sementara itu, Khairy memaklumkan, Kementerian Kesihatan (KKM) juga sedang menilai kombinasi keberkesanan beberapa vaksin lain.

Katanya, penilaian itu bagi melihat soal keselamatan dan keberkesanan gabungan vaksin berkenaan.

“Buat masa sekarang, Pfizer telah diluluskan bagi ds penggalak kepada penerima siri asal Pfizer dan Sinovac.

“Kami juga sedang menilai kombinasi lain untuk keselamatan dan keberkesanan serta akan mengumumkannya dalam beberapa minggu lagi,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram