PELAKON Siti Saleha reda dan menganggap isu kemelut rumah tangganya sebagai satu ujian buat dirinya pada tahun ini.

Malah Saleha, 31, masih utuh untuk tidak mendedahkan punca mengapa dia nekad menfailkan penceraian pada 13 Oktober lalu.

“Saya pernah beritahu sebelum ini untuk tidak mahu berkongsi apa-apa. Malah, saya nak semua orang tahu yang saya okay saja.

“Saya mohon dan berharap semua pihak menghormati dan beri ruang kepada saya. Maafkan saya kerana saya tak mahu komen apa-apa tentang hal ini.

“Semua orang termasuk peminat tahu saya seorang yang perahsia dan saya enggan berkongsi apa sahaja berkaitan kehidupan peribadi,” katanya.

Malah, Saleha juga tidak mengulas lanjut apabila ditanya sama ada dia dan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35, masih tinggal sebumbung ataupun tidak.

Saleha yang memenangi anugerah bagi kategori Pelakon Drama TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPBH34) itu menganggap ia adalah sesuatu yang istimewa sepanjang karier seninya.

Terdahulu Saleha mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan kehadirannya ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor bagi memfailkan penceraian ke atas suaminya.

Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017. Bagaimanapun pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram