Teringin nak makan kek? Apa kata cuba resipi kek kurma ini. Sedap, lembut dan gebu. Tidak menggunakan banyak bahan dan mudah disediakan. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
100 gm tepung semolina
10 biji kuning telur
350 gm marjerin cair
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen lemon
150 gm kurma
10 biji putih telur
200 gm gula

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Pukul kuning telur dengan gula sehingga gebu.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik, tepung semolina yang telah diayak dan gaul sebati.
  3. Masukkan esen lemon dan kurma dan gaul adunan sehingga sebati.
  4. Tuangkan adunan di dalam acuan dan bakar pada suhu 190°C selama 35 minit hingga 45 minit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram