PENYANYI rap sensasi, Caprice khabarnya telah selamat bergelar suami selepas foto pernikahannya tersebar hari ini.

Pada awalnya, gambar Caprice yang sedang menyarungkan cincin dijari manis wanita yang dikenali sebagai Farra Inalis itu dikongsikan oleh pengguna laman Instagram yang dikenali Yasser Khan menerusi Instastory. 

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, dilihat memakai pakaian berona putih sedondon dengan wanita pilihannya yang berusia 26 tahun.

Dalam pada itu, penyanyi kumpulan DeFam, Azira Shafinaz turut berkongsi semula hantaran tersebut di Instastory miliknya.

Dalam pada itu pengurus Caprice iaitu Aiman enggan mengulas lanjut mengenai berita yang telah tersebar di media sosial itu.

Menurut Aiman, dia enggan mendahului Caprice sekaligus mahu penyanyi Lenglui itu mengeluarkan kenyataan sendiri.

““Saya tidak boleh nak sahkan betul atau tidak. Tapi kalau orang kongsi gambar dia (berkahwin), sarung cincin di jari wanita, maksudnya, memang betullah dia dah kahwin.

“Apa yang saya tahu Caprice telah berkenalan dengan wanita itu setahun atau dua tahun lalu. 

“Saya pun tidak dimaklumkan tentang pernikahannya kerana sekarang saya berada di Langkawi. Saya dapat tahu dia berkahwin pun sekitar pukul 5 petang hari ini.

“Dia (isteri Caprice) baik orangnya dan berasal dari Kelantan. Apa-apa maklumat lanjut, akan datang dari bibir Caprice sendiri nanti,” katanya kepada URTV.

Difahamkan juga, wanita itu merupakan ibu tungggal dan mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram