PENYANYI dangdut Baby Shima menerima kecaman ramai apabila sebuah foto miripnya bersama seorang pemuda di sebuah pusat hiburan menjadi kontorversi di laman sosial.

Menurut laporan mStar, pemilik nama Nor Ashima Ramli atau lebih mesra dipanggil Shima tidak menafikan dakwaan yang dilontarkan malah dia berkata perbuatannya itu tidak menganggu orang lain.

“Saya rasa saya tiada kembar, iya itu memang saya. Jadi kenapa ada masalah ke? Rasanya saya tak perlu nak beritahu siapa lelaki dalam gambar tersebut sebab tiada kepentingan pun untuk korang.

“Apa yang saya buat itu tidak ganggu hidup orang lain,” tegas penyanyi berusia 29 tahun ini.

Menurut beberapa foto yang dikirimkan kepada mStar, penyanyi lagu Pura Pura Bujang ini dilihat bermesraan dengan seorang pemuda di sebuah kelab malam di ibu kota.

Tambah Shima, dia tidak mampu untuk menutup mulut setiap orang untuk bercakap tentang kehidupan peribadinya.

“Sebenarnya apa yang berlaku pada Shima ini bukan nak tarik perhatian orang atau nak timbulkan kontroversi tapi semuanya disebabkan mulut orang.

“Daripada mulut orang la yang tarik perhatian dan media,” ujarnya.

Shima turut akui bahawa dia tidak berniat mahu menimbulkan kontroversi dan kadang kala tertekan oleh kerana merasakan dirinya dibenci oleh warga netizen.

“Tak dinafikan kadang-kadang ada rasa sedih apabila kena kecam sebab saya ni seorang tapi yang mengecam ramai. Saya rasa ‘down’ dan tertekan.

“Ada benda yang patut jawab, ada benda tak patut jawab terutama hal peribadi saya.

“Ya saya memang nakal tapi tiada sampai kacau suami orang. Kacau rumah tangga orang atau minta duit mak bapa kau,” katanya.

Terdahulu, Shima menerima kecaman oleh kerana didakwa memiliki tatu tulisan namanya pada bahagian dada dan dia tidak menafikan atau mengiyakan spekulasi tersebut sehingga menjadi tanda tanya buat netizen.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram