Kuih goyang atau juga dikenali sebagai kuih ros dan kuih loyang ini antara sajian tradisi yang menjadi kegemaran ramai. Jom lihat cara pembuatan dan bahan yang diperlukan.

BAHAN:
250 gm tepung beras
4 sudu besar tepung serba guna
3 biji telur gred A
200 gm gula pasir
400 ml santan pekat
1/4 sudu kecil garam
Minyak masak – secukupnya

CARA:
1.Masukkan telur ke dalam mangkuk, tambahkan gula dan santan pukul sedikit sehingga gula hancur.
2.Setelah itu, campurkan tepung beras, tepung serba guna dan garam. Ayakan. Kemudian masukkan ke dalam campuran telur, kacau sehingga sebati.
3.Panaskan minyak secukupnya, pastikan minyak betul-betul panas. Masukkan acuan kuih ros ke dalam minyak panas, tunggu seketika.
4.Angkat acuan dan celup kan separuh penuh acuan ke dalam adunan, tunggu 5 saat kemudian celup kan ke dalam minyak panas selama 15 saat kemudian goyang-goyangkan acuan.
5.Masak sehingga kekuningan, kemudian ulangi sehingga adunan habis.
6.Susun dan simpan ke dalam bekas kedap udara.

Foto & Resipi: Norzila Saim (www.zila4ever.blogspot.com)

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram