PELAKON Dear Cinta, Nynaa Harizal menafikan dakwaan dia diculik ibu bapanya, sebaliknya berada dalam keadaan selamat di bawah jagaan keluarga sejak 2 November lalu.

Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25, berkata demikian selepas menghadiri sebutan permohonan cerai secara baik terhadapnya suaminya, Mohamed Fahmi Ilyas di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, pihaknya enggan mengulas lanjut berhubung punca permohonan itu dibuat, sebaliknya bertindak mengeluarkan satu kenyataan media.

Dalam kenyataan tersebut, Nynaa memberitahu, pihaknya telah memfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah di bawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 pada 10 November lalu.

“Satu salinan saman juga telah diserahkan kepada pihak suami pada keesokan harinya, 11 November lalu.

“Hari ini merupakan sebutan bagi permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru. Suami saya tidak hadir dan diwakili oleh peguam,” katanya.

Tambah pengacara dan model itu, permohonan tersebut dibuat dengan harapan dan doa agar suaminya akan melepaskannya dengan cara baik tanpa perlu meneruskan dengan proses perundangan lain.

“Sementara proses Mahkamah Syariah ini berjalan dan selagi tidak menjejaskan prosiding, saya membuka ruang untuk perbincangan dengan suami dan perkara ini telah dinyatakan melalui perbualan telefon pada 12 November lalu.

“Oleh kerana isu ini bersifat peribadi dan sedang dalam proses mahkamah, saya membuat keputusan untuk tidak memberikan ulasan lanjut berkaitan punca dan penyebab yang membawa kepada keadaan ini.

“Cukuplah sekadar itu kenyataan daripada saya dan saya mengharapkan doa daripada kalian agar Allah S.W.T akan terus memberikan kekuatan kepada saya. Saya amat menghargai segala pandangan dan nasihat diberikan masyarakat termasuklah para Asatizah atas untuk saya menghadapi kehidupan ini,” ujarnya


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram