tak sebut T
Tangkap layar seorang pengguna TikTok memberitahu supaya tidak menyebut T dalam perkataan bahasa Inggeris

BAHASA Inggeris merupakan bahasa global dan kita perlu akui, tidak semua dalam kalangan kita boleh menguasainya dengan baik kerana ramai menganggap bahasa itu agak rumit terutama apabila ingin menyebut dengan betul.

Mungkin disebabkan itu, seorang pemuda ini tampil dalam satu video pendek TikTok bagaimana untuk menyebut perkataan Inggeris yang mengandungi huruf T sehingga ia tular.

Video yang dimuatnaik oleh @Micahrose dengan kapsyen ‘STOP pronouncing the “T” in English’ telah mendapat lebih 6.4 juta kali tontonan dan 600,000 tanda suka daripada warganet sejak dua hari lalu.

Dalam video itu, pemuda itu memberi beberapa contoh perkataan yang mana huruf T perlu dihilangkan sebutan seperti ‘identify’ kepada ‘idenify’, ‘twenty’ kepada ‘tweny’ dan ‘mountain’ kepada ‘mounain’.

Namun, segalanya bertukar lucu apabila warganet memberi pelbagai perkataan yang lain dalam sebutan yang tidak masuk akal di ruangan komen yang membuatkan ramai ketawa berdekah-dekah.

Baca artikel berkaitan: Lebih 2 juta tergamam dengan kecomelan ‘baby’ kecil ini, ada yang dah ‘booking’ sebagai menantu

@gringomicah

#englishlesson #spanishtiktok #learnontiktok

♬ original sound – Micah Rose

“ I can’t with the comment section,” ujar @justjas

“The replies got me,” tulis @zekyu

“Im wheezing please its so hard to laugh beside your family, “ ujar @ashley

Malah, perkataan TikTok turut menjadi mangsa kepada warganet dengan membuang huruf ‘T’ pada awal perkataan itu dan ia telah membuatkan situasi di ruangan komen menjadi lebih huru-hara.

“Ik Ok (TikTok) hahahahahaha I laughed so hard,” gelak @xyxyxy

“HAHAHAHAHA IM DYING,” komen @potatosama

“HAHAHAHAHA IK OK,” @kayllll

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram