Calon Barisan Nasional (BN) DUN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. GAMBAR: Abd Razak Aid

UMNO menafikan satu surat yang tular kononnya mendakwa pemilihan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebagai calon Ketua Menteri Melaka sebagai tidak muktamad.

Sebaliknya, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan surat tersebut sebagai palsu apatah lagi ia mengandungi maklumat mengelirukan.

“Mana ada surat kepada yang dialamatkan dan SK (salinan kepada) sama orangnya.

“Tentulah surat ini palsu. Goblok (tidak bijak) betul yang buat surat palsu ini,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Satu surat menggunakan kepala surat UMNO dan Setiausaha Agung tular dalam media sosial mengatakan pengumuman Sulaiman sebagai calon Ketua Menteri Melaka bukan satu perkara muktamad.

Menurut surat itu, ia merupakan satu strategi politik dalam usaha memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Baca artikel berkaitan: PRN Melaka: Sulaiman mahu bina IPT di DUN Lendu

Zahid tepis spekulasi Sulaiman hanya Ketua Menteri sementara

Surat berkenaan turut mendakwa jawatan Ketua Menteri Melaka berhak disandang Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini menegaskan tiada istilah calon Ketua Menteri Melaka sementara bagi BN dan pemilihan Sulaiman adalah bersandarkan mandat rakyat.

Penamaan Sulaiman sebagai calon tunggal Ketua Menteri Melaka terus dijadikan isu kononnya ada calon lain termasuk Ab. Rauf yang sebenarnya akan dilantik mengisi jawatan tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram