Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Uthmaniah Properties Development dengan Sempurna Gemilang

UTHMANIAH Properties Development Sdn. Bhd. membuat pelaburan berjumlah RM3 bilion bagi membangunkan Pusat Kanser Antarabangsa Uthmaniah (UICC).

Pusat kanser yang bakal dibina di Selangor Cyber Valley, Cyberjaya itu turut menawarkan teknologi terapi laser proton bagi rawatan lebih efektif.

Pengerusi Uthmaniah Properties Development, Datuk Ahmad Tarmizi Mohamad berkata, pembinaan pusat kanser antarabangsa adalah antara enam projek di bawah projek Bandar Perubatan Uthmaniah yang bakal dibina bermula Februari hadapan.

“Mesin yang menggunakan teknologi terapi laser proton dari Amerika Syarikat ini dapat memanfaatkan seramai 50 pesakit di pusat rawatan tersebut dalam masa sehari dengan kemudahan sebanyak dua bilik.

“Selain itu, teknologi ini mampu merawat kanser pada peringkat awal dan tidak memerlukan masa yang lama seawal bayi pun kita boleh kesan sel kanser tersebut serta menggunakan mata laser sehalus 0.025 milimeter yang boleh memecahkan sel kanser yang ada,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Divisyen Tol IJM sumbang peralatan perubatan kepada Hospital Ampang

Beliau berkata demikian sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Uthmaniah Properties Sdn Bhd dan Sempurna Gemilang Sdn. Bhd. selaku kontraktor projek tersebut.

Uthmaniah Properties Development diwakili Ahmad Tarmizi manakala Sempurna Gemilang diwakili Pengarahnya, [email protected] Asari sambil disaksikan oleh Pengarah Operasi Sempurna Gemilang, Datuk Anuwar Awad.

Dalam pada itu, Anuwar berkata, projek yang bakal dibina di atas tanah berkeluasan 10.98 hektar dijangka siap dalam tempoh lima tahun lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram