Kuih cara berlauk adalah kuih tradisional yang menjadi kesukaan ramai. Tidak menggunakan banyak bahan, ia amat mudah dan ringkas untuk disediakan. Jom cuba resipi kuih cara berlauk ini. Sedap melampau. Gerenti licin sekelip mata!

BAHAN A:
300 gm daging kisar
1 labu bawang besar
Sedkit serbuk kari daging
Garam dan gula

BAHAN B:
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
1 biji telur
3 cawan air
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

BAHAN HIASAN:
Cili merah, daun sup dan bawang goreng

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang sehingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari dan daging. Bubuhkan sedikit gula dan garam. Ketepikan.
  3. Dalam bekas satukan tepung, santan, telur, garam, serbuk kunyit dan air. Kisar agar lumat.
  4. Acuan disapukan dengan sedikit minyak dan biarkan panas.
  5. Sudukan adunan dan di atasnya bubuhkan inti dan bahan hiasan. Masak di atas api sederhana selama 15 minit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram