Penyelesaian AmBank

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang giat meneruskan pemulihan aset dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di dalam dan luar negara seperti Amerika Syarikat (AS), Emiriah Arab Bersatu (UAE), Taiwan serta Singapura.

Dalam satu kenyataan, SPRM memaklumkan, terbaharu, pada 12 November 2021, Commercial Affairs Department (CAD) Singapura telah membuat pemulangan wang milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International Sdn. Bhd., Nik Faisal Ariff Kamil kepada Kerajaan Malaysia.

Ia dilakukan menerusi Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (Assets Recovery Trust Account) milik Kementerian Kewangan Malaysia berjumlah AS$864,813.27 (RM3.61 juta).

“Sebelum ini, Kerajaan Singapura juga telah membantu dalam pemulangan aset sebanyak AS$15.4 juta kepada Malaysia melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd. milik Datuk Tawfiq Ayman dan Samuel Goh.

Baca: Lembaga Pengarah 1MDB ‘harimau tidak bertaring’ – Sri Ram

Jho Low berada di sebalik tabir 1MDB – Saksi

Tiada maklumat keberadaan Jho Low – Hamzah

“Sehingga kini, SPRM dengan kerjasama dan bantuan agensi-agensi penguat kuasa antarabangsa telah berjaya memulangkan sejumlah RM20,530,433,626.97 (RM20.5 bilion) kepada kerajaan Malaysia.

“Pada ketika ini juga, SPRM sedang dalam usaha untuk pemulihan aset bagi negara-negara seperti Switzerland, Kuwait, Mauritius, Cyprus, Hong Kong yang melibatkan individu yang mempunyai kaitan dengan kes 1MDB,” kata SPRM.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram