POLIS sedang mengesan dua lelaki yang didakwa merogol seorang wanita dengan memberi minuman disyaki mengandungi dadah semasa berhibur di sebuah kelab malam di ibu negara, Rabu lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kamaruzaman Elias berkata, polis telah menerima satu laporan daripada seorang wanita mendakwa telah menjadi mangsa rogol dua lelaki warga tempatan yang tidak dikenali.

Dalam laporan tersebut, Kamaruzaman berkata, mangsa bersama rakan-rakan memaklumkan sedang berhibur di sebuah kelab malam di ibu kota kira-kira pukul 9 malam.

Semasa kejadian, beliau memaklumkan, mangsa dikatakan mabuk dan dipercayai telah diberikan minuman yang disyaki mengandungi dadah.

“Mangsa kemudiannya dibawa oleh kedua-dua suspek ke sebuah hotel bersama seorang lagi rakan mangsa.

“Mangsa menyedari dirinya dirogol selepas dimaklumkan oleh rakan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: 20 jurumudi bot penumpang, kru bot nelayan positif dadah

Mengulas lanjut, Kamaruzaman memaklumkan, Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus terhadap laporan tersebut.

Kata beliau, kertas siasatan telah dibuka dan diklasifikasikan sebagai kes rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita daripada sumber yang tidak sahih dan boleh mengganggu siasatan pihak polis serta menimbulkan kegusaran orang awam.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung dengan kejadian ini, orang ramai boleh menyalurkannya kepada polis dengan cara menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/585 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare