1. Mendapat pemeriksaan mata menyeluruh untuk menilai keadaan mata bagi memastikan tiada sebarang masalah patologi atau keabnormalan pada keseluruhan sistem visual. Pemeriksaan ini penting bagi menentukan kesesuaian pemakaian kanta lekap.

2. Pemakai kanta lekap perlu melalui proses pemilihan dan pemadanan kanta lekap terlebih dahulu oleh individu yang bertauliah iaitu Pakar Mata, Ahli Optometri dan Juru optik yang mempunyai permit kanta lekap sahaja.

3. Pemakai perlu faham serta patuh dengan arahan yang telah diberikan seperti cara pemakaian dan penjagaan kanta lekap yang sebetulnya.

4. Pemakai juga perlu patuh pada tempoh pemakaian yang dicadangkan seperti lapan jam sehari.

5. Pemakai perlu mendapatkan rawatan susulan secara berkala. Di dalam SOP KKM menetapkan pemeriksaan perlu dilakukan selepas seminggu selepas pertama kali pemakaian kanta lekap dan seterusnya selepas satu, tiga dan enam bulan. Pemakai tidak boleh berkongsi kanta lekap.

6. Cuci bekas penyimpan kanta lekap sekurang-kurangnya seminggu sekali.

7. Sebaiknya bekas tersebut ditukar tiga kali sebulan.

8. Tanggalkan kanta lekap dari mata dan berjumpa doktor dengan segera sekiranya terdapat sebarang masalah seperti mata menjadi merah.

9. Jangan sesekali tidur tanpa menanggalkan kanta lekap terlebih dahulu.

10. Jaga kebersihan sebaik mungkin. Kebersihan merupakan aspek paling penting dalam pemakaian kanta lekap kerana mata sangat sensitif dengan kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan kuman yang serius. 

11. Pakai kanta lekap terlebih dahulu sebelum mengenakan sebarang alat solek. Namun begitu, jika anda menggunakan semburan aerosol seperti deodoran atau semburan rambut, gunakannya terlebih dahulu sebelum memakai kanta lekap.