Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi nasi kabsa daging ini. Memang sedap.

BAHAN-BAHAN
600 gram beras basmati – rendam satu jam, kemudian tus
300 gram daging lembu – hiris
1 sudu besar tomato puri
150 gram minyak sapi (campur dengan sedikit minyak zaitun)
5 biji buah pelaga
4 cm kulit kayu manis
2 labu bawang besar – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
1/2 sudu besar serbuk
lada putih
sedikit koma-koma dan air mawar
Secukup garam

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang besar dan bawang putih hingga kuning.
  2. Masukkan daging, buah pelaga dan kayu manis, kemudian masukkan tomato puri serta garam dan secukup air untuk masak nasi.
  3. Biarkan mendidih kemudian masukkan beras basmati.
  4. Apabila airnya hampir kering, taburkan koma-koma yang di campur dengan sedikit air mawar. Tutup nasi dan biarkan sehingga nasi masak. Enak dimakan bersama sambalnya.

CARA MEMBUAT SAMBAL

  1. Kisar secukup lada merah dan bawang putih. Campurkan dengan sos tomato, gula dan garam.
  2. Jika suka, boleh perahkan sedikit air limau nipis.
  3. Semasa hendak menghidang, taburkan secukup daun ketumbar yang dihiris.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram