Sedapnya puding oreo ni. Bagi penggemar puding, resipi puding aiskrim coklat capucino ini wajib anda cuba. Cara penyediannya mudah dan tidak menggunakan banyak bahan.

BAHAN-BAHAN
20 gm serbuk agar-agar
600 ml air
150 gm gula batu
500 gm aiskrim coklat
1/2 sudu kecil perisa capucino
1 sudu besar serbuk koko

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Masukkan air dan agar-agar ke dalam periuk dan masak agar-agar sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula batu dan masak lagi hingga larut. Matikan api.
  3. Kemudian, masukkan aiskrim dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan perisa capucino dan kacau sehingga sebati.
  5. Setelah bahan tadi sebati, tuangkan ke dalam acuan dan taburkan serbuk koko di atasnya. Sejukkan dan hidang mengikut cita rasa anda.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram