asam pedas sedap

Asam pedas, walaupun cara penyediannya sangat mudah dan ringkas, namun proses memasak yang akan menentukan keenakan menu yang terhidang.

Bahan-bahan dan sambal hendaklah ditumis sehingga pecah minyak sebelum dimasukkan air asam jawa dan ikan.

Malah ada yang menggunakan buah keras supaya kuah yang terhasil lebih pekat dan kaw. Apa-apa pun pilihan terletak di tangan masing-masing.

Terima kasih Suhaila Hashim atas perkongsian resipi.

Bahan kisar :

Cili kering

Bawang merah

Halia

Belacan

Kunyit hidup

Bahan :

Ikan pari

Asam jawa

Bendi

Tomato

Daun kesum

Bunga kantan

Cara :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar. Tumis sehingga pecah minyak
  2. Kemudian masukkan air secukupnya, asam jawa, daun kesum dan bunga kantan.
  3. Biarkan mendidih dan baru masukkan ikan, kacang bendi dan akhir sekali tomato.
  4. Perasakan dengan gula, garam dan perasa.
  5. Cukup enak dimakan dengan nasi panas. Selamat mencuba.

Sumber : Suhaila Hashim