Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah dan Taat Setia Jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Ayer Keroh awal pagi ini.

Oleh: SHAHBUDIN EMBUN

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Melaka telahpun berakhir dengan Barisan Nasional (BN) menang bergaya 21 daripada 28 kerusi. Kemenangan lebih majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) ini bermakna kerajaan yang bakal terbentuk akan lebih stabil berbanding dahulu.

Kejayaan BN lebih bermakna dengan kemenangan dua kerusi dari MCA dan satu kerusi MIC. Ini menunjukkan bahawa sedikit sebanyak pengundi bukan Melayu sudah kembali menaruh kepercayaan kepada BN.

Faktor kemenangan besar BN di PRN Melaka boleh dirumuskan oleh faktor faktor berikut:

a. ‘Track Record’ BN yang telah terbukti memajukan negeri Melaka sejak merdeka dapat meyakinkan pengundi.

b. Pengalaman pahit 22 bulan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) banyak mengajar pengundi agar lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.

c. Pertandingan tiga penjuru memberi kelebihan kepada BN. Pengundi atas pagar yang tidak menyukai BN tetap tidak memberikan undi kepada PH, sebaliknya memberikan undi kepada Perikatan Nasional (PN).

d. BN menampilkan ramai muka baharu. Penyandang dan penyokong yang tidak terpilih sebagai calon tidak melakukan sabatoj dalaman.

e. Katak-katak politik telah pun dihukum oleh pengundi negeri Melaka. Ini memberi isyarat agar ahli-ahli politik tidak melompat. Tiga daripada empat ADUN yang menarik sokongan sehingga terbubarnya DUN kalah, seorang lagi tidak bertanding.

f. Segelintir ahli akar umbi PAS yang lebih selesa dengan Muafakat Nasional berbanding PN telah sedikit sebanyak membantu kemenangan calon BN.

Baca: Sulaiman selesai angkat sumpah Ketua Menteri awal pagi tadi

PRN Melaka: BN menang bergaya, bentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga kerusi

PPBM berjaya mengekalkan dua kerusi dengan bantuan rakan sekutu PAS dan Gerakan namun begitu kesemua calon PAS telah kecundang.

Walaupun BN menang besar di PRN Melaka, ini tidak semestinya boleh digambarkan dalam PRU-15 nanti kedudukannya akan serupa. Keadaan mungkin berbeza yang juga memerlukan strategi berlainan.

Penulis merupakan penganalisis politik merangkap Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram