ANEKDOT 1 – Seorang pemuda menghadiri temu duga. Sewaktu hendak melangkah masuk ke dalam, dia terlihat secebis kertas (sampah) di atas lantai. Lantas, dia memungutnya dan memasukkan ke dalam tong sampah. Perlakuannya dilihat oleh salah seorang pegawai syarikat itu. Akhirnya, pemuda itu berjaya mendapat kerja.

ANEKDOT 2 – Ada seorang budak bekerja sambilan di sebuah kedai membaiki basikal. Datang seorang lelaki menghantar basikal anaknya untuk dibaiki. Budak itu bukan saja membetulkan apa yang rosak, bahkan turut menggilap basikal itu hingga bersih berkilat. Teman-teman mentertawakan perbuatannya itu. Namun, kesungguhannya itu telah menarik perhatian lelaki tersebut dan mempelawa budak itu bekerja di syarikatnya, dengan gaji yang jauh lebih lumayan.

ANEKDOT 3 – Suatu hari, seorang anak memuji ibunya – “Ibu nampak cantik hari ini.” Si ibu pula menjawab, “Kenapa tiba-tiba cakap begitu?” Dan anak kecil itu menjawab, “Sebab ibu tidak marah-marah hari ini.”

ANEKDOT 4 –Seorang petani setiap hari menyuruh anaknya turun membantunya di sawah. Seorang teman berkata kepadanya, “Tak perlulah suruh anakmu itu bekerja keras setiap hari. Padi tetap akan tumbuh subur.” Lalu si petani itu menjawab begini, “Aku bukan memupuk tanamanku untuk tumbuh subur, tapi aku sedang memupuk sifat rajin dan kental dalam diri anakku.”

ANEKDOT 5– Ada dua ekor katak. Satu, tinggal di sawah. Satu lagi hidup dalam longkang di tepi jalan besar. Katak sawah berkata, “Tempat tinggalmu bahaya. Marilah tinggal bersamaku.” Dan katak longkang menjawab acuh tak acuh, “Ah, aku malas hendak pindah. Biarlah di sini saja.” Tidak lama kemudian, katak sawah datang menjenguk sahabatnya itu. Sayangnya, katak longkang telah mati di tepi jalan akibat digilis kenderaan.

**Anda faham dengan anekdot di atas? Mudah saja. Ada kalanya, sedikit inisiatif yang kita rasa tidak berbaloi untuk dilakukan, mungkin akan mendatangkan kebaikan yang tidak dijangka dalam hidup. Yang penting, jangan tamak dan sombong. Hindari sifat malas dan berusaha untuk ubah kehidupan. Jangan jadi seperti katak longkang yang akhirnya mati sia-sia di tepi jalan.

______________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen