SEWAKTU era perang dingin berlangsung antara Kesatuan Soviet dengan Amerika Syarikat, kedua-dua negara telah banyak melakukan kajian rahsia yang merangkumi pelbagai bidang.

Kajian ini dilakukan bagi mencari kelebihan yang boleh dimanipulasikan atau dijadikan senjata untuk memerangi musuh.

Dua agensi penyiasatan pusat kepunyaan Amerika Syarikat (CIA) dan Kesatuan Soviet (KGB) ketika itu  berlumba-lumba menyiasat dengan melakukan pelbagai kajian dan eksperimen bagi membolehkan mereka menguasai kelebihan kuasa paranormal.

Pelbagai informasi dan individu yang ada keistimewaan dikumpulkan untuk mengkaji aktiviti paranormal yang boleh menjana kuasa seperti telepati, telekinesis dan banyak lagi. Kuasa ini akan digunakan bagi mendapatkan maklumat dalam aktiviti risikan.

Salah satu subjek popular yang dikaji ketika itu adalah Ninel Kulagina. Beliau seorang suri rumah yang tinggal di St. Petersburg, Rusia dan mempunyai kebolehan telekinesis, satu keupayaan untuk bertindak ke atas sesuatu objek hanya dengan menggunakan pemikiran.

Ninel Kulagina, wanita yang mempunyai kebolehan telekinesis.

Kebolehan luar biasanya telah dikaji tentera Soviet selama 10 tahun. Hasil eksperimen yang dirakamkan itu telah membuatkan Ninel menjadi individu pertama yang berjaya membuktikan kewujudan kuasa paranormal serta kebolehan manusia menguasainya.

Kuasa telekinesis yang dimiliki oleh Ninel berupaya mengalihkan objek hanya dengan menggunakan kuasa minda. Keadaan ini cuba dimanipulasikan oleh KGB agar kuasa itu berupaya dijana sebagai senjata yang mampu mengalahkan Amerika Syarikat. Jadi eksperimen ke atas Ninel menjadi prioriti KGB di sebuah makmal rahsia.

Setiap hari, Ninel akan mengaktifkan kuasanya dengan mengalihkan objek-objek tertentu dari jisim yang berbeza.

Ninel dikatakan mampu mengalihkan objek dengan kuasa minda.

Mengikut salah satu filem footage yang didedahkan, Ninel mengasah kebolehan telekinesis ini dengan menumpukan perhatian tenaga ke hujung jari lalu mengalihkan jarum kompas ke arah yang berlainan. Dia juga mampu menggerakkan batang mancis sekeliling meja tanpa menyentuhnya.

Dalam satu eksperimen, sebiji telur dipecahkan ke dalam sebuah bikar. Kemudian, Ninel Kulagina memisahkan kuning telur dengan putih telur hanya menggunakan kuasa telekinetik.

Bukan itu saja, dalam sebuah eksperimen lain, dia dikatakan berjaya menghentikan degupan jantung katak dengan kuasa minda saja.

Meskipun begitu, selepas mengaktifkan kuasa ini, Ninel berdepan dengan masalah kesan sampingan. Dia akan berasa pening akibat degupan jantungnya mencecah 200 bit per minit. Pandangannya kabur dan tubuhnya akan mengalami keletihan yang melampau sehingga menyebabkan dia tidak boleh bangun selama beberapa hari.

Jauh daripada itu, keupayaan Ninel Kulagina merupakan satu dokumentasi sains paranormal yang berjaya dibuktikan secara nyata. Sehingga hari ini, kajian sains paranormal masih terus berlaku di makmal-makmal rahsia seluruh dunia.

________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen