MALAYSIA Corruption Watch (MCW) telah menerima 20 aduan berkenaan kes yang berkaitan rasuah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berakhir semalam.

Dalam satu kenyataan, MCW memaklumkan, bagaimanapun perkara itu tidak dapat dibuktikan dengan lebih lengkap untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.

Kata kenyataan itu, khabar angin bertiup cukup kencang berkenaan rasuah namun tidak ada bukti dan saksi yang sanggup tampil ke hadapan.

“Peranan MCW sebagai ‘Polis Trafik’ dalam memberi ingatan dan kesedaran berkenaan tanggungjawab pemilih dan pemantauan rasuah serta pelanggaran undang-undang pilihan raya telah dilaksanakan dengan efektif dan penuh komitmen selama dua minggu,” kata MCW.

Menurut pertubuhan itu, para petugas MCW yang meliputi pasukan pemerhati rasmi lantikan Suruhanjaya Pilihan Rya (SPR) seramai lapan orang dan pasukan bantuan (20 orang) telah melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

“MCW melafazkan kesyukuran kepada Tuhan yang telah mengizinkan PRN Melaka berlangsung dengan aman dan damai serta cukup lancar.

“Tahniah kepada pihak SPR dan SPRM serta pasukan keselamatan yang telah berfungsi dengan sangat baik,” kata MCW.

Sementara itu, MCW mengucapkan tahniah kepada pihak yang menang dan semoga harapan rakyat Melaka yang mahukan kestabilan dalam memajukan ekonomi negeri serta segera pulih dari ancaman virus COVID-19 akan tercapai.

“Setiap individu di Malaysia punyai kebebasan untuk memilih calon atau parti yang mereka sukai. Itulah asas demokrasi. Sekarang adalah masanya untuk kita raikan perbezaan itu dan eratkan semula tali persaudaraan.

“Rakyat Malaysia kelihatan semakin bijak dan matang dalam proses ini dan menjaga keharmonian negara dengan cukup baik. Ayuh kita pertahankan budaya positif ini,” kata kenyataan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram