Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi makaroni keju berkrim yang menyelerakan ini. Sangat senang dan bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN
300 gm makaroni – rebus
1 labu bawang besar – cincang
1 labu bawang putih – cincang
1 tin cendawan butang – cincang
1 helai daun bay
1 cawan mentega
1 cawan tepung gandum
1 liter susu krim UHT
400 gm keju cheddar – parut
Sedikit rempah mix herbs
Garam dan lada hitam

CARA
1.Cairkan mentega dan masuk tepung gandum. Gaul sebati untuk dijadikan roux sebagai bahan pemekat kuah. Ketepikan.
2.Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan bahan cincang seperti bawang besar, bawang putih dan cendawan butang serta daun bay. Tumis hingga wangi.
3.Masukkan bahan pemekat, susu krim UHT, mix herbs, garam dan lada hitam secukup rasa. Kacau sebati sehingga pekat.
4.Masukkan makaroni dan keju cheddar. Kacau sebati.
5.Tuang bahan ke dalam acuan. Tabur sedikit keju di atasnya. Bakar dalam ketuhar selama 10 minit pada suhu 180°C.

Resipi: Ezani

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram