Kes baharu COVID-19 berada di bawah angka 5,000 buat hari kedua berturut-turut. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK 4,885 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, hari kedua berturut-turut kes di bawah angka 5,000.

Semalam sebanyak 4,854 jangkitan dilaporkan dengan 1,365 kes direkodkan di Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 kini sebanyak 2.59 juta kes.

“Pada 22 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,885 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,591,486 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Baca: 22.39 juta individu dewasa di Malaysia sudah divaksin

Hadir jika terima janji temu dos penggalak – KJ

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Rt untuk seluruh negara semalam turun kepada paras 1.0 berbanding 1.01 pada Sabtu.

Menurut Noor Hisham, bagaimanapun hanya Sabah dan Sarawak yang mencatatkan nilai Rt di bawah paras nasional.

Tertinggi ialah Putrajaya (1.13), diikuti Selangor (1.07), Kelantan (1.07) dan Kuala Lumpur (1.06).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram