Dr Noor Hisham Abdullah

AWAL pagi ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi peringatan ringkas supaya rakyat Malaysia kekal utuh melawan COVID-19 terutama mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menurutnya, negara tidak lagi mampu untuk berdepan lonjakan penularan sekali lagi.

Dan sebentar tadi, kes harian bagi hari ini menyaksikan peningkatan kira-kira 700 kes berbanding semalam.

Hari ini 5,594 kes baharu COVID-19 dilaporkan berbanding semalam yang mencatatkan 4,885 jangkitan.

Menurut Noor Hisham, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 2,597 juta kes.

Baca: Hadir jika terima janji temu dos penggalak – KJ

“Pada 23 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,594 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,597,080 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Rt di seluruh negara kekal 1.0.

Tertinggi adalah Putrajaya (1.15) dan Selangor (1.06) manakala terendah ialah Sarawak (0.83).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram