PASANGAN selebriti terkenal, Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah selamat menimang cahaya mata pertama, Ana Nayla pada September lalu.

Menerusi laporan Gempak, meskipun Ayda teruja menatap wajah puteri kesayangannya, dia turut akui melalui fasa yang penuh cabaran lebih-lebih lagi ketika dalam proses berpantang.

“Jujurnya memang saya gembira dapat tengok anak, dapat main dengan dia dan dapat memanjakannya. Ibu mana di dunia ini yang tidak bahagia apabila sudah ada penceria dalam keluarga kan?

“Tapi disebabkan semua hal tentang anak saya cuba uruskan. Berat badan saya pun turun dengan mendadak. Mungkin letih. Saya sendiri terkejut sebab saya tidak diet pun tapi berat turun,” kata penyanyi berusia 29 tahun ini.

Tambah Ayda lagi, dia turut tidak menyangka berat badannya akan menurun sehingga 45 kilogram walaupun tanpa sebarang diet.

“Tak sangka pula, sebab apa yang saya lakukan hanyalah jaga Ana, berpantang dan makan banyak! Mungkin juga sebab menyusu badan, sebab tu tahu-tahu berat terus turun sampai 45 kilogram!” ujarnya.

Menurut penyanyi lagu Parah Parah ini, dia bahagia dapat meluangkan masa bersama anaknya dan tidak menghiraukan soal turun naik berat atau penat.

“Saya gembira habiskan masa dengan Ana, tak kisahlah penat sikit. Asalkan kami dapat melihat amak setiap masa dan menguruskan keperluannya,” kata pemilik nama Nur Suhada Jebat.

Ayda turut menzahirkan rasa syukur dan bertuah kerana suami tercinta, Nabil banyak membantu dalam menjaga anak.

“Kalau nak tahu, Nabil banyak jaga Ana. Memang kalau boleh semua hal tentang anak, Nabil akan selesaikan. Selalunya Nabil yang jaga, dia suruh saya rehat.. Tapi saya pula yang kurus,” selorohnya sambil tertawa.

Malah, Ayda turut memaklumkan dia akan mula kembali aktif dalam bidang nyanyian dan hiburan apabila sudah bersedia.

“Mungkin tunggu sikit masa lagi sehingga saya betul-betul sedia. Jika tanya Nabil, dia okay sahaja. Tapi saya rasa tunggu sedikir masa lagi,” katanya.

Terdahulu, Ayda dan Nabil berkongsi kisah di sebalik nama puterinya, Ana dipilih berdasarkan nama ibu mereka iaitu Rohana dan Diana.

Pasangan popular ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat tali pertunangan secara atas talian pada 28 April 2020 dan dikurniakan cahaya mata pada 21 September.

Sumber: Gempak


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram