PELAKON dan pengacara versatil, Janna Nick dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap penyakit vertigo.

Menerusi laporan Kosmo Online!, Janna memberitahu dia dikejarkan ke hospital sejak Sabtu lalu apabila kesihatannya mula merundum dan muntah berterusan.

“Doktor kata saya menghidap vertigo. Sebelum ini memang tak pernah ada simptom-simptom sebegitu. Sudah empat hari saya tak boleh makan, muntah berterusan, tak boleh berdiri dan tak boleh imbang badan dengan betul.

“Bila berdiri lama sikit saja rasa nak pitam, kepala rasa sakit dan tak selesa. Rasa seperti di awan-awangan,” kata pemenang trofi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-34.

Menurut pelakon Pasal Kau itu, bagi mengembalikan selera makan dan mengelakkan dirinya daripada terus muntah, doktor telah memberikan sejenis ubat tahan sakit.

“Sekarang ini doktor dah periksa dan bagi saya ubat yang sesuai dengan apa yang saya hadapi. Tadi pun dah selesai buat ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), jadi masih tunggu keputusan.

“Bila saya boleh keluar dari wad itu belum tahu lagi. Sebab doktor masih pantau dan beritahu saya perlukan rehat secukupnya,” ujarnya.

Terdahulu, pemilik nama Nurul Jannah Muner,26, turut dikejarkan ke hospital oleh kerana terdapat jangkitan paru-paru selepas mengalami batuk selama seminggu .

Malah, kekasihnya iaitu pelakon Dini Schatzmann turut dimasukkan ke wad hospital pada minggu lalu akibat demam dan jangkitan kuman.

Menerusi laman Instagram Janna, dia turut memuatnaik foto dirinya di sebuah hospital sambil menikmati juadah sarapan pagi.

“Selamat pagi. Saya baik tiada apa-apa perlu dirisaukan. Tirus kan muka? makan muntah, makan muntah. Itulah korang selalu kata saya gemuk sangat,” tulisnya.

Sumber: Kosmo Online!


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram