Kompleks Mahkamah Klang. GAMBAR: Abd Razak Aid

EMPAT lelaki termasuk dua remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemberi pinjaman wang atau ah long, manakala dua lagi lelaki didakwa atas pertuduhan bersubahat membunuh.

Tan Ah Chai, 27; Yeo Ching Lian, 36; Lau Zi Hui, 19; dan Yap Soon Kuan, 18; didakwa membunuh Phua Kian Ming, 47, di tepi sebuah restoran Jalan Batu Nilam 27A Bandar Bukit Tinggi 2 kira-kira pukul 12.20 tengah hari, 6 November lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mereka mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret P. Sarulatha.

Di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rashid, dua tertuduh Gan Kok Shang, 43, dan Tan Yong Seng, 38, didakwa atas pertuduhan bersubahat dengan empat tertuduh itu, untuk membunuh Phua mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur’ Ain Madihah Zulkifli dan Nur’ Ayuni Jamri manakala Tan, Lau dan Gan diwakili peguam Lim Chi Chau; Yeo diwakili peguam Ng Li Kian; dan Yap diwakili peguam Helen Fong; sementara Tan Yong Seng tidak diwakili peguam.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 31 Januari 2022 untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram