Buntu tidak tahu menu apa yang ingin dihidangkan? Jom cuba resipi kailan cendawan hitam yang mudah disediakan ini. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN:
200 gm kalian
6 keping cendawan hitam kering – rendam kembang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar kicap pekat
Sedikit air
Gula dan garam

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Celurkan kalian separuh masak. Angkat dan tuskan.
  2. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak dan masukkan sos tiram, sedikit air, cendawan hitam, kicap pekat, gula dan garam secukup rasa.
  3. Akhir sekali, masukkan tepung jagung dan masak sehingga mendidih. Tuangkan sos ke atas sayur dan hidangkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram