Warga emas antara golongan yang disaran mengambil dos penggalak vaksin COVID-19. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK 119,925 individu mendapat suntikan dos penggalak semalam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Keseluruhannya, 135,631 dos vaksin diberikan semalam yang turut membabitkan 10,473 suntikan dos lengkap dan 5,233 menerima dos pertama.

Sementara itu, seramai 2,603,148 individu atau 82.7 peratus daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 2,760,656 individu atau 87.7 peratus bagi golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, 22,425,264 individu atau 95.8 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 98 peratus atau 22,936,203 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,232,576.