jatuh RM20000
Amirul Fazelan hampir terjatuh ketika membawa jambangan bunga RM20,000.

SEJAK kelmarin tular kisah seorang pengantin lelaki memikul sejambak gubahan bunga bernilai RM20,000 yang merupakan wang hantaran pada majlis perkahwinannya bersama pasangan tercinta.

Kisah romantik Amirul Fazelan Ismail, 28, bersama pasangan Noor Azmawani Mohamad, 27, mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya sehinggakan ramai yang memuji kesungguhan ditunjukkan oleh pengantin lelaki.

Namun, di sebalik video tular yang ditonton 6.4 juta kali di laman TikTok itu ada kisah “air mata” sebelum semuanya bertukar gembira.

Menceritakan kembali saat hati tersadung itu, Noor Azmawani mengatakan rancangan awal, mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac lalu, tetapi terpaksa tangguh sebanyak lapan kali dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya bertunang pada bulan Januari lalu, sebelum merancang berkahwin pada 20 Mac.

“Namun terpaksa tunda, dan setiap kali kerajaan umum PKP, saya akan menangis,” kata Noor Azmawani kepada UtusanTV.

Katanya, dia tidak mahu berkahwin sekadar akad nikah sahaja dan inginkan majlis sama seperti pasangan lain disatukan.

“Saya berasal daripada keluarga susah, sebab saya usaha kerja keras untuk semua ini”.

Baca artikel berkaitan: Selepas ‘kantoi’ popular di TikTok, gelagat teacher ini cuba nafikan dirinya bikin anak murid riuh gemuruh

@seh_amirul8

pengantin nak jatuh bawa duit hantaran 20k 😂😂#fyp #fypシ゚viral #fy #fypdongggggggg #fypシ #fypage

♬ Are you ok? – 龙|•Aѕтяσ乙 🇰🇭

Namun, semuanya bertukar menjadi mimpi indah pada tanggal 20 November yang lalu apabila selesai majlis ijab kabul di rumah pengantin perempuan di Kota Bharu, Kelantan.

Pada majlis itu, Amirul Fazelan memberi kejutan dengan membawa sejambak bunga yang dihasilkan daripada wang kertas keseluruhannya bernilai RM20,000.

Noor Azmawani mengatakan kejutan yang diterima daripada suaminya itu membuatkan dirinya tergamam dan terkedu selepas melihat sejambak bunga besar itu.

Menurut Noor Azmawani lagi, idea gubahan bunga itu merupakan buah fikiran suaminya sendiri yang dirancang sebulan sebelum tiba hari bahagia mereka.

“Orang yang banyak menolong suami rancang kejutan ini adalah ‘wedding planner’. Suami di Kuala Lumpur dan semuanya dilakukan menerusi perbualan telefon sahaja,” ujar Noor Azmawani dan menambah suaminya merupakan seorang anggota polis.

Amirul Fazelan bersama Noor Azmawani di hari bahagia mereka.

Katanya, tiada sesiapapun mengetahui mengenai rancangan suaminya itu.

“Baik keluarga saya mahupun suami tidak tahu mengenai perancangan ini dan dia (suami) nak semua orang tahu ketika majlis itu berlangsung.

“Suami hampir terjatuh memikul jambangan bunga disebabkan hari hujan ketika itu dan khuatir gubahan bunga rosak,” ujarnya.

Sebaik sahaja melihat gubahan wang hantaran itu, Noor Azmawani hampir berlinangan air mata kerana terlalu terharu.

“Sampai ke pintu rumah, saya tergamam dan nak nangis tapi pengapit berbisik ‘madam jangan nangis rugi solekan mahal tu, madam jangan nangis’,” kongsinya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram