Pendakwah terkenal, Ebit Lew GAMBAR: Abd Razak Aid

SIASATAN berhubung kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew tidak pernah ditutup seperti didakwa beberapa pihak.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, sehingga kini tiada maklumat terkini diterima pihak polis bagi membantu siasatan.

“Kita tidak pernah tutup kes ini dan tidak ada rujukan untuk tiada tindakan lanjut (NFA).

“Sebaliknya kes masih dalam siasatan dan polis mengalu-alukan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak di media sosial mendakwa terdapat cubaan menutup kes siasatan membabitkan Ebit Lew.

Ogos lalu, Abd. Jalil mengesahkan Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew telah dipanggil untuk merakam keterangan percakapannya di Bukit Aman.

Baca artikel berkaitan: Ebit Lew, isteri beri keterangan di Bukit Aman semalam

Kes Ebit Lew: Polis masih dalam proses kumpul bukti

Siasatan membabitkan Ebit dijalankan di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ebit menyifatkan beliau dipanggil polis ekoran fitnah kejam dan melampau.

1 Oktober lalu, Ebit dilaporkan sekali lagi dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung kes gangguan seksual didakwa melibatkan dirinya itu.

Ebit hadir bersama isteri untuk disoal siasat Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram