PENDAKWAH bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menceriakan hari pelajar sekolah dengan memberikan 350 pek sarapan.

PU Riz, 26, berkata dia bersyukur apabila hajatnya itu turut mendapat tajaan daripada McDonald’s Malaysia menerusi program komuniti anjuran mereka.

Selain pelajar sekolah, orang awam turut diberikan pek sarapan

“Program ini sekadar untuk menceriakan hari anak-anak murid di SMK Bandar Baru Sri Petaling dan Tabika Kemas Kg Melayu Tambahan. Alhamdulillah, pihak McDonald’s Malaysia juga turut sama memberi tajaan dan sumbangan berupa sarapan.

“Sebanyak 300 pek sarapan diberikan pada pelajar sekolah dan 50 lagi kepada komuniti sekitar Sri Petaling. Sesekali bantu orang tak salah. Malah, saya percaya itu adalah rezeki buat mereka. Jadi, apa yang saya ada ini, tidak salah untuk dikongsi bersama,” katanya.

PU Riz menyerahkan pek sarapan kepada pelajar sekolah

Dalam masa sama, Riz kini bertugas sebagai guru sementara di SMK Bandar Baru Sri Petaling mendoakan semoga pelajar tingkatan lima yang sudah kembali ke sekolah lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.

“Kalau sebelum ini mereka ke sekolah ikut kumpulan. Tapi, bermula minggu ini mereka sudah masuk semua. Semoga yang bakal menduduki SPM akan memperoleh kecemerlangan.

“Walaupun tidak banyak masa bersama mereka, tapi ia satu pengalaman berharga buat saya.

“Terima kasih pada pihak sekolah yang memberi peluang kepada saya untuk menjadi guru sementara. Terima kasih juga pada semua guru dan anak murid saya. Seronok sebenarnya menjadi cikgu,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram