Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi burger sardin yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Tidak mengguna banyak bahan pun. Berbaloi cuba.

BAHAN-BAHAN:
2 biji roti burger
1 tin kecil ikan sardin
1 labu bawang besar | hiris kasar
1 batang kecil lobak merah
| hiris halus
1 biji limau nipis
2 helai salad
20 ml minyak jagung
Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Hancur-hancurkan ikan sardin menggunakan garfu.
  2. Tumiskan ikan sardin dan masak sehingga hampir kering. Angkat dan sejukkan.
  3. Rasakan garam dan gaulkan jus limau nipis sedikit untuk hilangkan bau hanyir.
  4. Kemudian gaulkan dengan bawang besar dan lobak merah. Hidangkan dengan roti burger dan salad.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram