Bagi yang sedang berdiet tetapi ingin menikmati juadah yang enak, resipi tauhu kukus ini wajib anda cuba! Hidangan ini sangat sedap dan mudah untuk disediakan.

BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu lembut
1 batang – daun bawang
| hiris halus
1 sudu besar udang kering
| cincang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil kicap cair
2 ulas- bawang putih
| cincang halus
5 sudu besar minyak masak
Bawang goreng secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Letakkan tauhu di atas pinggan dan kukus selama 7 minit
  2. Keluarkan tauhu dan buang airnya dan sapukan dengan sos tiram dan sejukkan.
  3. Panas kan minyak masak di dalam kuali,tumis bawang putih dan udang kering hingga kekuningan
  4. Angkat dan letakkan di atas tauhu tadi bersama minyak bijan, kicap cair,bawang goreng serta 1 sudu minyak bawang tadi dan taburkan dengan daun bawang. Hidangkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram