USAHAWAN kosmetik sensasi Nur Sajat khabarnya bakal muncul dalam program bual bicara popular The Ellen DeGeneres Show pada Januari tahun hadapan.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh Sajat menerusi video TikTok yang berkongsi beberapa perancangan jadual kerjanya, semalam.

Menurut Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman,36, jika tiada sebarang halangan, dia akan terbang ke Amerika Syarikat untuk menjadi tetamu jemputan dalam program yang dihoskan oleh Ellen DeGeneres berkenaan.

“Pada bulan Januari, saya akan pergi ke Amerika Syarikat untuk temubual rancangan The Ellen Show. Bulan Februari saya pergi Singapura.

“Haa! Tengok tu, jadual saya dah penuh. Bila dah pandai cakap bahasa Inggeris, saya akan terbang dan terus terbang untuk mencari peluang kerja,” katanya.

Sajat kini menetap di Australia selepas diberikan suaka untuk terus tinggal di negara berkenaan.

Jika benar seperti apa yang dikatakan, Sajat akan menjadi rakyat Malaysia kedua mendapat undangan sebagai tetamu di The Ellen DeGeneres Show selepas pelakon kelahiran Sarawak, Henry Golding dijemput ke set berkenaan pada 2018.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram