Buntu memikirkan nasib yang menimpa, Bad Indigo memohon agar pihak kerajaan menimbangkan kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada rakyat yang terjejas.

Jelasnya, sehingga ke hari ini, dia tiada punca pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup, lebih-lebih lagi apabila sebahagian tapak kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes Mac lalu.

Penyanyi berusia 46 tahun ini turut menyatakan bagaimana dia harus menunggu sehingga waktu persaraan andai sekarang pun kehidupannya terumbang-ambing.

“Mengenai KWSP baru-baru ini saya masih lagi tertunggu-tunggu pengumuman bila boleh keluarkan lagi duit untuk sara hidup. Tapi tiada.

“Yang selalu keluar di akhbar hanyalah simpanan pencarum semakin berkurangan dan akan menjejaskan wang persaraan.

“Masalah saya ialah saya perlukan duit sekarang. Jika sekarang pun saya tidak dapat teruskan kelangsungan hidup, persaraan pun tidak sempat nak tengok. Macam mana?” luahkan kepada Wanita.

Bad turut membuat inisiatif menyatakan permohonannya kepada Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi ruangan mesej di laman sosial.

“Malah saya sudah DM (direct mesengger) Menteri Kewangan, Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz memohon agar diberi kelonggaran mengeluarkan duit simpanan KWSP. Kami bukannya ingin keluarkan duit untuk pergi bercuti, beli kereta atau rumah. Kami hanya mahu meneruskan kehidupan sahaja.

“Saya pula tiada pendapatan langsung. Sekarang hanya bergantung kepada i-Citra dan bulan depan pula bulan terakhir duit akan masuk.

“Duit di dalam KWSP adalah duit saya sendiri. Jadi adalah lebih baik saya gunakan duit sendiri daripada meminta bantuan orang lain. Saya faham ia untuk persaraan namun kenalah ikut keadaan yang berlaku, sekarang bukannya waktu normal.

“Bukan saya tidak mahu menyimpan untuk masa depan, namun untuk saya nampak masa depan pun sangat kecil,” ulasnya kepada Wanita.

Terdahulu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan memaklumkan, meskipun kemudahan  i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra telah memberi kelegaan kepada ahli terlibat, namun ia telah menyebabkan seramai 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka.

————————————-

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari 
utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislam