SEMALAM industri hiburan sedikit kecoh apabila tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pelawak popular, Tauke Jambu memakai baju Melayu putih dipercayai sudah bernikah dengan seorang wanita dikenali sebagai Shuhada.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria sebelum ini sudah mempunyai isteri bernama Nadia Mohd. Affendi.

Usaha pihak media untuk menghubungi Tauke bagi mendapatkan pengesahan menemui jalan buntu kerana pelawak itu tidak menjawab sebarang panggilan mahupun pesanan mesej WhatsApp.

Malah, sejak video terbabit tular, ada yang berpendapat ia sekadar babak dalam lakonan Malah tidak kurang juga yang menganggap tidak mustahil jika pelawak yang juga pelakon itu berkahwin lagi.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Piddyys mengesahkan lelaki yang berada dalam video berdurasi kurang satu minit itu adalah Tauke.

Seorang pengguna TikTok mengesahkan pernikahan Tauke Jambu

“Yang tanya Tauke Jambu ke, yup memang Tauke Jambu kita…doa baik-baik saja,” tulisnya di ruangan komen.

Difahamkan sebelum ini Shuhada pernah ‘kantoi’ selepas berlaku curang dengan lelaki lain dan video terbabit turut tular di Internet sekitar bulan lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram