AHLI kumpulan K-Pop terkenal Blackpink iaitu Lisa yang kini sedang popular dengan lagu solonya, Lalisa telah disahkan positif Covid-19.
Khabar duka itu sudah semestinya mengejutkan para peminat Blackpink di seluruh dunia dan berita itu diumumkan sendiri oleh agensinya, YG Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi, semalam.
“Ini adalah YG Entertainment. Lisa Blackpink telah disahkan positif Covid-19 pada tengahari ini (24 November).
“Tiga ahli Blackpink yang lain belum lagi diklasifikasikan sebagai kenalan rapat, tetapi mereka segera melakukan ujian PCR selepas mendengar keputusan positif Covid-19 Lisa, dan mereka sedang menunggu keputusan mereka.
“Kami sudah berkongsi maklumat ini dengan wakil dan kakitangan dengan segera, dan pihak kami juga mengambil langkah pencegahan yang kukuh walaupun di luar garisan panduan pihak kuasa kesihatan.
“Kami tidak akan berputus asa untuk memberikan sokongan terhadap tahap kesihatan artis dan kakitangan yang berkaitan dan mereka tetap menjadi keutamaan kami.” ulasnya.
Walaubagaimanapun, hari ini, 25 November 2021, YG entertainment telah memberi kenyataan yang terkini bahawa tiga ahli Blackpink yang lain iaitu Jisoo, Jennie dan Rose telah disahkan negatif Covid-19.
“Ini merupakan ujian RT-PCR bagi Jisoo, Jennie dan Rose, mereka bertiga menerima keputusan negatif bagi Covid-19.
“Lisa dimaklumkan mengenai diagnosisnya yang disahkan pada 24 November sebelum merancang untuk merakam kandungan video. Kesihatan Lisa berada dalam keadaan baik, dan dia tidak menunjukkan sebarang gejala,” kongsinya lagi.
Sementara itu, YG Entertainment turut memaklumkan bahawa keempat-empat anggota kumpulan itu telah divaksin sepenuhnya dan mendoakan agar Lisa segera kembali pulih seperti sedia kala.
“Keempat-empat ahli Blackpink telah divaksin sepenuhnya untuk Covid-19 dan syarikat serta artis kami telah memberi perhatian khusus kepada kesihatan dan keselamatan melalui ujian ‘pre-emptive’.
“Kami berharap Lisa cepat sembuh, dan kami akan terus bersungguh-sungguh bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan penyiasatan epidemiologi dan mengambil semua langkah untuk mencegah penyebaran wabak Covid-19,” tegas YG Entertainment.
Sedapnya daging bumbu sate ni. Jom cuba resipi yang mudah dan semestinya sedap ini. Sekali rasa pasti nak lagi.
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging (potong nipis)
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu besar serbuk lada sulah
1 cawan santan pekat
1 sudu besar garam
3 sudu besar gula
2 sudu besar kerisik
1/2 cawan kacang tumbuk
2 helai daun limau purut
2 sudu besar air asam jawa
1/2 cawan minyak masak
BAHAN KISAR:
20 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 sm halia
2 sm kunyit
3 sm lengkuas
3 batang serai
5 biji buah keras
10 tangkai cili merah
CARA PENYEDIAAN:
- Rebus daging sehingga lembut kemudian masukkan daging ke dalam mangkuk.
- Gaulkan dengan bahan kisar, rempah serbuk, santan, garam, gula, kerisik dan air asam jawa. Perap selama setengah jam.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan perap sehingga naik minyak. Kacau rata.
- Masukkan daun limau purut dan kacau rata. Taburkan kacang tumbuk. Hidangkan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram