Keletah si Oyen ini memang bikin pemiliknya kecut perut. Bayangkan selepas sebulan berpindah ke rumah yang telah siap diubahsuai, Oyen tiba-tiba muncul di rumah sewa lama mereka.

Jelas Nia, dia menerima kiriman mesej daripada jiran bertanyakan mengapa Oyen masih di rumah lama?

Lebih mengejutkan, jarak antara kediaman miliknya dan rumah sewa sejauh dua kilometer dan dipisahkan dengan bandar besar, jalan utama dan kenderaan yang banyak.

Biarpun rantai kolar Oyen hilang sewaktu ditemui, namun dia meluahkan kesyukuran kerana si comel itu ditemui dalam keadaan sihat dan tanpa sebarang kecederaan.

“Oyen buat hal bukan harini je..setiap hari ade je hal die..haha..😑

Alkisahnya kami berpindah ke rumah sendiri selepas siap renovate..dah sebulan disini..sewa di rumah sebelum ni sementara nak siap renovate selama 8 bulan..tp si oyen ni xtau la mcmner die boleh blk ke sana semula..redah kawasan bandar, jalan2 besar, jalan2 utama, byk kenderaan lalu lalang..sampai die ke rumah sewa lama semula..nasib baik la ade jiran prihatin wsp sy katanya oyen dtg rumah die..terkejut sy..terus suruh adik pegi ambil bawa balik..

Gambar oyen dalam beg tu gambar oyen dah balik ke sini adik pegi ambil tadi..muke x bersalah..😌

Ni sy sertakan skali maps perjalan oyen sejauh 2 km meredah bandar..huhu..nak kena korentin ni si oyen ni..🥴

Mcm mana nak bg die lupa bau kt rumah sana ye..padahal sini pon dh mcm2 bau die ade..tanda merata dh..risau jd ape2 kt jalan raya nnt..hmm.”

Sumber : Nia