pilot mas

Hidup sememangnya umpama roda. Kadangkala kita di atas, ada kalanya kita dibawah. Menurut perkongsian Gazze Azri, salah satu cara untuk memutar kembali roda kehidupan adalah dengan pendidikan.

Pernah mengalami zaman kemelesetan sehingga menyebabkan dia bersama lapan adik beradik yang lain terpaksa menumpang teduh di kantin sekolah, namun dia berjaya bangkit dengan berjaya terpilih sebagai Kadet Pilot MAS.

Namun daripada pendapatan hampir RM40,000 sebulan, kini segalanya hilang sekelip mata akibat pandemik.

Ikuti perkongsian yang cukup menarik ini.

“Hidup memang macam roda.

Aku lahir anak orang kaya. Ayah kerja pengurus di sebuah syarikat perladangan yang terkemuka di Pahang. Kalau travel, setakat naik kapal terbang tu biasa. Tahun awal 90-an, orang kaya je mampu.

1997, ekonomi meleset. Ayah terpalit sama. Terkejut juga. Semua kena jual, sampaikan kami 9 anak-beranak terpaksa tidur di kantin sekolah. Nasib baik Mak berniaga di situ. Dapat tumpang berteduh.

Cara nak pusing balik roda kehidupan adalah dengan education. Walaupun aku belajar tak adalah pandai sangat, dapatlah juga beberapa A setiap kali exam. Alhamdulillah, sempat la merasa buat preparation untuk ke luar negara. Dan rezeki aku, diterima jadi Kadet Pilot MAS.

Lepas jadi Pilot, roda aku di atas. Gaji besar. Hidup banyak berubah. Itu ini dapat beli. Biasalah, T20 kan. Paling tinggi gaji pernah aku dapat? Hampir RM40 ribu.

Baru masuk 30an, duit banyak tu. Asyuk.

Sekarang, roda dah pun ke depan sikit. Sekelip mata saja boleh hilang semua. Bulan depan cukup setahun aku hidup tanpa gaji. Susah balik.

Sepanjang semua ni berlaku, aku dah makin faham beberapa perkara :

1. Allah atur baik.

Dia uji pada tahap kita boleh terima. Tak payah persoalkan, tapi kita kena hayati. Apa kurang atau salah pernah dibuat. Dia nak kita terus sujud dan rapat dengan-Nya.

2. Kuatkan tali ukhwah.

Kita ada ibu bapa. Ada juga adik-beradik. Keluarga dulu. Apa jua jadi, keluarga susah nak tinggalkan kita.

Kalau kawan atau orang luar, sense of attachment tu kurang. Kita ditinggalkan sebab tak ada common things to do together. Yelah, dulu kau ada duit nak main golf, sekarang takkanlah dia nak payung setiap kali nak turun padang, kan?

3. Susun kewangan.

6 bulan? Sembang senang. Aku dah kena hampir setahun. Kalau tak baik, berlarutan lagi. Jadi, simpanlah cash reserve setinggi gunung.

Jika ada duit lebih, hidup di bawah kemampuan. Biarkan apa orang nak kata. Kita tetap hensem kalau tak layan dia.

4. Proaktif.

Jangan terlalu down.

Jangan fokus dekat susah dan kegagalan tu. Buat sesuatu. Buat yang mudah dulu. Kalau tak pandai berniaga, jual barang orang. Tak payah nak keluarkan semua duit yang ada nak jadikan modal bisnes. Nanti apa-apa jadi, masak.

5. Mentor.

Kalau nak melompat ke bidang baru, jangan terus terjun. Cari mentor. Cari orang yang sudi guide.

Berkuli.

Dia kata itu, kita follow. Dia suruh buat ini, dengar. Dia dah mahir sangat dengan bisnes tu. Kita ikut rapat.

Apa-apa pun, positiflah. Bukan positif Kobid. Minda tu.

Setiap yang berlaku, ada hikmah. Dan tak akan bersifat permanent. Esok lusa akan back to normal.

Jangan risau lah.

Ok, aku nak sambung kerja. Tengah busy renovate rumah di Tropicana Aman. Takat berdebu, kotor, peluh, gali, pecah, aku redah.

Enjoy every moments.

Layanss.

Captain Gazze Azri.

The Flying Home

Nak layan lebih kisah aku yang marhaen ni, jom join telegram:

https://t.me/captaingazzeazri.”

Sumber : Gazze Azri