Suatu hari seorang wanita datang berjumpa Rasulullah SAW dan berkata “Wahai Rasulullah, aku masih tidak mempunyai suami dan aku ingin menjadi seorang isteri yang baik. Apakah yang harus aku lakukan?”
Rasulullah SAW berdiam diri untuk seketika. Tiba-tiba, datang seorang lelaki dan bertanya jika perempuan itu sanggup menerimanya sebagai suami.
Lalu, Rasulullah SAW berkata “Adakah kamu mempunyai apa-apa untuk dijadikan sebagai mas kahwin kepada bakal isterimu?”
Lelaki itu berfikir dan berkata “Aku hanya mempunyai separuh dari kainku” sedangkan dia hanya memakai itu disekeliling tubuhnya.
Rasulullah kemudian berkata “Jika kamu memberikan sebahagian dari kainmu itu, apakah yang akan kamu pakai, kerana kain itu akan menjadi miliknya. Carilah sesuatu yang lain.”
Lelaki tersebut berfikir. “Tidak apa pun yang aku boleh beri kepadanya,”jawab lelaki tersebut. Disebabkan ketika itu, ramai umat Islam adalah miskin.
Kemudian Rasulullah SAW berkata kepadanya “Pergilah pulang kerumah kamu dan carilah sesuatu yang boleh diberikan sebagai mas kahwin walaupun hanya cincin besi.”
Lelaki tersebut pergi dan kembali tidak lama kemudian lalu berkata “Aku sudah mencari, tetapi tidak ada sesuatu pun yang boleh diberikan sebagai mas kahwinnya.”
Setelah berfikir, Rasulullah SAW berkata “Adakah kamu mempelajari al-Quran?” “Ya, aku mempelajari al-Quran dan surahnya,” jawab lelaki tersebut.
Rasulullah berkata “Ajarnya apa yang kamu tahu mengenai al-Quran dan ini akan menjadi mas kahwin buatnya.” Pasangan tersebut berpuas hati dengan cadangan Baginda, dan mereka dinikahkan.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.” HR Ibnu Hibban
______________________________
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:
Facebook: https://www.facebook.com/utusantv
Twitter: https://twitter.com/UtusanTV
Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en
#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislamFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLink