PENYANYI rap Yonnyboii,23, mengesahkan dirinya kini sudah bergelar suami kepada seorang model dan personaliti media sosial, Nik Nazira Nariman,22.

Yonnyboii atau Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, berkongsi berita itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya.

Difahamkan, Yonnyboii melangsungkan pernikahan pada Sabtu lalu dengan dihadiri ahli keluarga kedua pihak.

“Bismillahirrahmanirrahim, hai isteri,” tulis Yonnyboii.

Malah menerusi hantaran yang sama, penyanyi lagu Sakit itu turut berkongsi gambar dirinya yang memakai baju Melayu berwarna putih sedondon.

Sementara itu, menerusi Instagram Nik Nazira, majlis pernikahan mereka hanya diadakan secara sederhana.

“Bismillah, saya kahwin dengan kawan baik saya. Majlis pernikahan kami diadakan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri keluarga rapat.

“Kita jumpa tahun hadapan di majlis persandingan kami,” tulisnya.

Yonnyboii dan Nik Nazira bertunang pada 9 Oktober lalu selepas setahun berkenalan.

Sebelum ini, mereka merancang untuk bernikah pada 22 Januari tahun hadapan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram