VARIAN Omicron mungkin petunjuk bahawa pandemik Covid-19 akan berakhir dalam tahun ini, ramal pakar pernafasan di Hospital Vichaiyut Bangkok.

KERAJAAN memutuskan untuk membuat sekatan sementara kemasukan pengembara warganegara asing yang mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari dari tujuh buah negara-negara Afrika.

Tujuh negara berkenaan adalah Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan, ia sebagai langkah-langkah pencegahan dan kawalan sempadan ekoran laporan kemunculan varian baharu COVID-19 iaitu B.1.1.529.

Pada masa sama, kata beliau, warganegara Malaysia yang merancang untuk melawat ketujuh-tujuh negara tersebut juga tidak dibenarkan meneruskan perjalanan.

Bagaimanapun, Khairy memaklumkan, warganegara Malaysia dan pemegang pas penduduk tetap yang pulang dari negara-negara berkenaan dibenarkan memasuki negara tetapi dikehendaki menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin tanpa mengira status vaksinasi.

“Keputusan ini berkuat kuasa esok dengan Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus menjalankan pemantauan perkembangan situasi varian baharu di dalam dan luar negara termasuk pelaporan daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Berdasarkan survelan genomik yang dijalankan sehingga hari ini, tiada virus COVID-19 varian baharu B.1.1.529 dilaporkan di Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Baca artikel berkaitan: 88 kes baharu varian Delta dilaporkan hari ini

Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan KKM memandang serius kewujudan varian baharu itu dan akan mempertingkatkan survelan genomik termasuk ke atas individu yang tiba dari negara yang melaporkan varian baharu itu.

Buat masa ini, beliau berkata, tiga negara telah melaporkan kes berkaitan varian ini iaitu 77 kes di Afrika Selatan, empas kes di Botswana dan dua kes di Hong Kong.

Menurut Khairy, kes yang dilaporkan di Hong Kong mempunyai sejarah melawat Afrika Selatan.

“Varian baharu ini mempunyai 32 mutasi spike protein iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian Delta.

“Sehingga kini belum ada maklumat lanjut bagi tempoh inkubasi, gejala dan kebolehjangkitan bagi varian B.1.1.529 ini.

“Untuk makluman, buat masa ini WHO masih lagi membuat pemantauan rapi mengenai perkembangan berkaitan pelaporan varian baharu dengan ia dikategorikan sebagai Varian di bawah Pemerhatian (VUM),” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram