asam pedas teratai
Maharizad Md Ali bersama pokok teratai yang dicabutnya.

SEORANG gadis tidak menyangka hanya dengan berkongsi satu video pendek ibunya mencabut pokok teratai untuk dijadikan hidangan di sebatang sungai berhampiran rumahnya tular.

Video dengan kapsyen “pernah makan asam pedas teratai?” itu telah ditonton 5.2 juta kali sejak ia dimuat naik dua hari lalu.

Video berdurasi 12 saat itu menunjukkan aksi spontan seorang wanita mencabut pokok teratai sambil menyusuri kawasan sungai menggunakan sebuah sampan kecil.

Bercerita kepada UtusanTV, Nur Faizah Nordin atau mesra disapa Faizah menjelaskan bahawa tumbuhan teratai ini menjadi pilihan orang dahulu untuk dijadikan makanan namun tidak diwariskan kepada generasi kini.

“Sebenarnya asam pedas daun teratai ini dah lama orang makan. Cuma orang tua dulu tak mewariskan kepada generasi muda.

“Macam mak saya, kali terakhir dia makan batang teratai sebelum dia kahwin dahulu,”ujar gadis berusia 29 tahun ini.

Malah, menurut Faizah yang kini menetap di Padang Pauh, Perlis, resepi asam pedas batang teratai adalah sama seperti masakan asam pedas keladi yang biasa dilihat dalam makanan Melayu.

“Kalau orang utara panggil asam pedas, kalau orang selatan dia panggil asam rebus,” ujarnya.

Katanya, resepinya sama sahaja seperti memasak asam pedas keladi, cuma digantikan dengan batang teratai.

Baca artikel berkaitan: Selepas ‘kantoi’ popular di TikTok, gelagat teacher ini cuba nafikan dirinya bikin anak murid riuh gemuruh

Oyen redah 2km rentas bandar, jalan raya pulang ke rumah sewa pemilik. Netizen speku – “Mesti ada gf dia kat sana.”

2 juta warganet mata masuk habuk gara-gara seutas jam tangan Rado buat seorang ayah

@faizahnordin09

pernah makan asam pedas terataii??? tempat hampa ada yang makan teratai? buat lauk apa? #teratai #asampedasteratai #naikbot #perlis #fypシ

♬ Kucu Kuca – Chorus – Lia Aziz

Tambah Faizah, dia dan ibunya Maharizad Md Ali, 56, pada mulanya hanya bercadang mahu pergi memukat ikan di sungai yang terletak kira-kira 30 minit dari rumah mereka, tetapi apabila terlihat teratai yang tumbuh banyak di kawasan tersebut mereka menukar fikiran.

“Alang-alang ternampak banyak bunga teratai di situ, kami pun ambil,” ujar anak kedua dari empat adik beradik.

Menurut Faizah, tumbuhan berbunga daripada keluarga Nymphaeaceae ini juga dikenali sebagai bunga telepok dan ia adalah spesies yang boleh dimakan berbanding jenis teratai lain.

“Sekarang mungkin susah untuk dapatkan teratai ini dan tidak ramai orang tahu mengenainya kerana bukan semua boleh dimakan,” katanya.

Malah, Faizah mengatakan dia sendiri pertama kali menikmati asam pedas teratai yang di anggap unik dan sedap.

“Beza asam pedas teratai dengan keladi, batang teratai lebih ranggup apabila dikunyah,” katanya.

Tambahnya lagi, selain asam pedas, ia juga boleh dibuat masak lemak, kari, sup dan dijadikan ulam-ulaman.

Dalam pada itu, video yang menerima lebih 185,000 tanda suka itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja melihat batang bunga teratai.

“Tak pernah makan. Tak tahu pulak yang boleh di masak bunga teratai ini. Ketinggalan rupanya saya,” komen @izza__15

“Best content macam ini. Daripada tak tahu kita boleh tengok benda baru. Nanti kongsi cara masak pulak,” ujar @nurul

“Saya suka batang bunga teratai buat ulam sambal belacan dan sambal tempoyak. Ikan sepat panggang woww my favaourite,” tambah @ra301287.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram