Selangor FC terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada ayam tambatannya, Ifedayo Olusegun yang sah meninggalkan pasukan Gergasi Merah itu bagi saingan musim hadapan.

Bintang Nigeria berusia 30 tahun itu menjadi tonggak penting Gergasi Merah sepanjang dua musim bersama kelab itu.

“Pemain kesayangan penyokong Selangor ini telah bersama skuad Gergasi Merah sejak tahun 2019 dan telah mempamerkan aksi luar biasa bersama pasukan sejak perlawanan sulung beliau.

“Ifedayo akan sentiasa menjadi salah seorang penyerang paling berbisa yang pernah bermain bersama Selangor setelah memenangi Anugerah Kasut Emas untuk dua musim berturut-turut dan memegang rekod penjaring terbanyak Liga Super Malaysia.

“Selangor FC mengucapkan terima kasih kepada Ifedayo atas sumbangan yang telah beliau berikan kepada kelab selama ini dan mengucapkan selamat maju jaya,” kata Selangor FC dalam ciapan di Twitter.

Baca artikel berkaitan: Tahniah! JDT bertemu KL City di final Piala Malaysia

Ifedayo yang mengatasi rekod penjaring terbanyak dalam sejarah Liga Super menerusi 25 gol tahun ini dilaporkan mendapat tawaran lebih baik.

Khabar angin kuat mengatakan beliau bakal melebarkan sayap ke selatan apabila dikaitkan kembali menyarung jersi Melaka United.

Sebelum bersama Selangor, Ifedayo pernah bersama Melaka United selama satu musim.

Beliau tiba di Malaysia selepas direkrut Felda United pada tahun 2017 daripada pasukan Al-Hidd di Liga Bahrain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram