Terdapat pelbagai kaedah memasak nasi dan yang paling biasa, beras akan ditanak bersama air di atas dapur. Namun menurut perkongsian Mazliana Mazlan, di dalam beras terdapat hampir 10 hingga 20 kali lebih banyak arsenik kerana sifatnya yang terendam di dalam sawah padi dan sentiasa bertakung air.

Oleh itu cara terbaik untuk mengurangkan kandungan arsenik ialah dengan pengendalian beras dan cara memasak yang betul.

Nasi 300 gram saya masak dalam tempat pengukus. Saya panggil simmering basket.

“Saya masak nasi dengan kaedah kukusan, untuk kurangkan kandungan arsenik dalam nasi.

Arsenik ni sejenis elemen semulajadi yang ada pada air, tanah, udara, haiwan dan tumbuhan. Ada jugak arsenik buatan yang digunakan dalam racun serangga untuk tanaman.

Dalam beras, hampir 10 – 20 kali lebih banyak arsenik berbanding bijirin lain sebab beras terendam dalam sawah padi, sentiasa bertakung dengan air. Ada jugak yang disembur dengan racun serangga dari arsenik buatan.

Menurut WHO, jika kita terdedah dengan arsenik dalam tempoh yang lama, ia boleh menyumbang kepada penyakit jantung, kencing manis, pertumbuhan terbantut, kanser dan juga masalah neurologi. Antara simptom lain, sakit perut, sakit kepala dan cirit-birit.

Kita makan nasi hari-hari.

Kalau cara pemilihan, pengendalian beras dan cara memasak yang betul kita amalkan, insyaAllah dapat kurangkan kandungan arsenik dalam nasi untuk keluarga kita makan.

Setiap jenis beras ada kandungan arsenik yang berbeza.

Padi yang ditanam di kaki bukit contohnya padi beras basmati, kandungan arsenik nya kurang berbanding padi di sawah yang ada takungan air. Sebab air membanjiri padi setiap masa di sawah, maka kandungan arsenik makin tinggi.

Saya kongsikan cara kendalikan beras supaya kandungan arsenik berkurang dalam nasi yang kita dan keluarga makan di rumah.

1. Basuh beras sampai air basuhan jernih

– Basuh, basuh dan basuh sampai jernih. Sambil selawat, tak sedar pun dah 4 5 kali basuh.

– Arsenik ni larut air, makanya lagi banyak ia tersingkir jika kita basuh berkali-kali.

– Nutrisi memang akan hilang sedikit bila kita basuh beras banyak kali, tapi singkir arsenik lebih penting untuk kita utamakan.

2. Rendam beras

– Rendam beras semalaman mampu kurangkan kandungan arsenik lebih banyak berbanding hanya dibasuh berkali-kali.

– Boleh rendam malam sebelumnya, dan kurangkan portion air waktu masak nasi esoknya.

3. Lebihkan air sewaktu memasak

– Gaya yang kebanyakan atuk nenek kita dulu-dulu tanak nasi. Mereka lebihkan air waktu tanak nasi, bila nasi dah hampir nak masak, buang air yang berlebihan, dan masak macam biasa.

– Kajian menyatakan jika kita masak dengan porsi beras dan air sebanyak 1:5, kandungan arsenik dapat berkurang sampai 50peratus tau.

– Guna air yang banyak masa masak nasi, dan kita buang air larutan arsenik tersebut.

4. Rendam beras, basuh berkali-kali dan lebihkan air sewaktu memasak

– Buat ketiga-tiga step yang saya kongsi di atas tadi.

– Ini cara paling terbaik untuk kurangkan kandungan arsenik hingga mencecah 80 peratus.

Dengan cara masak macam ni jugak, kanji dari nasi akan keluar bersama-sama melalui air. Nasi kita akan kurang kanji dan akan rendah Glycemic Index (GI).

Saya kongsikan 4 cara kita nak kurangkan arsenik dalam nasi yang keluarga makan.

Tak semestinya perlu buat semua. Kalau dapat buat 1 je pun, cukup syukur dah kan.

Kadang tak sempat rendam beras, berkejar nak masak. Takpe, basuh je sampai air jadi jernih pun dah dapat kurangkan sedikit kandungan arsenik.

Yang penting kita ada usaha untuk masak nasi yang terbaik buat keluarga. Sama-sama kita cuba ya, insyaAllah.

Dalam gambar, saya kongsikan cara saya masak nasi setiap hari, untuk kurangkan kandungan arsenik sebanyak mungkin. Korang boleh tengok betapa keruhnya air kanji dan arsenik lepas nasi dimasak.

Mazliana Mazlan

Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.”

Takde kerak langung walaupun masak nasi 1 genggam je.
Mula saya masukkan beras dalam simmering basket. Jadikan penapis untuk basuh.
Air basuhan kali pertama, keruh tak nampak langsung butir beras kan.
Yang ini kali kelima. Basuh sampai jernih macam ni k.
Kemudiaan masukkan dalam periuk. Saya guna Thermomix.
Masukkan air sampai melebihi paras beras.
Saya masak 18 minit, dengan suhu tetap 100 darjah, dan kitaran air dengan kelajuan 3.5 di bawah bekas kukusan simmering basket.
Nasi dah masak. Cantik seroi elok je.
Saya angkat bekas pengukus dengan spatula. Ada tempat boleh cakukkan spatula pada bekas pengukus tu, so tak panas saya nak pegang.
Ini dia lebihan air yang ada arsenik dan kanji. Boleh buang atau letak balik pada tanah sebab asalnya pun dari tanah kan.

Sumber : Mazliana Mazlan