GAMBAR HIASAN Abd Razak Aid

BUAT hari kedua berturut-turut, jangkitan COVID-19 seluruh negara terus turun.

Walaupun masih berada pada lingkungan 5,000, namun kes pandemik itu terus turun kepada 5,097 jangkitan hari ini.

Semalam, sebanyak 5,501 kes telah dilaporkan.

Ia selepas empat hari trend peningkatan kes sehingga melebihi paras 6,000, kelmarin.

Kali terakhir negara merekodkan kes di bawah angka 5,000 adalah pada Isnin lalu yang menyaksikan sebanyak 4,885 jangkitan dikesan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, jumlah kumulatif kes COVID-19 telah pun mencecah 2.619 juta setakat ini.

“Pada 27 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,097 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,619,577 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Baca artikel berkaitan: Kes COVID-19 hampir semua negeri meningkat lepas rentas negeri dibenarkan

Selepas empat hari naik, kes COVID-19 turun 5,501

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) negara juga terus menunjukkan penurunan kepada 0.97 berdasarkan kes yang dilaporkan semalam.

Ia selepas kadar berkenaan kekal pada tahap 0.99 buat dua hari berturut-turut sebelum itu.

Bagaimanapun, Labuan yang kembali diletakkan pada zon merah, semalam ekoran 159 kes COVID-19 dengan dua kluster aktif mempunyai kadar kebolehjangkitan tertinggi mencecah 1.22.

Kebolehjangkitan di negeri dan wilayah lain pula berada di bawah paras 1.05 dengan Kedah serta Kuala Lumpur merekodkan 1.04.

Nilai Rt terendah pula dicatatkan di Sarawak iaitu sebanyak 0.78.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram