SALAM Sabtu semua, harap setakat ni minggu anda semua berjalan dengan baik dan segala diurusan dipermudahak.

Sabtu lalu, Sis masih berjuang dengan semput tapi lepas Ole kena buang terus elok pulak tiba-tiba – gurau. Jadi minggu ini sis nak berbincang tentang sekumpulan manusia yang dah jadi sebahagian daripada hidup Sis selama berapa tahun, iaitu komuniti bola sepak di Twitter atau football twt.

Sebagai manusia, kita sentiasa nak rasa kita sebahagian daripada sesuatu. Kita tak suka rasa terasing walaupun betapa kita suka menyendiri.

Kita inginkan orang lain faham perasaan ,minat atau bila kita buat lawak, kita tak nak lah explain balik kat orang – nanti jadi tak kelakar pula kan.

Peminat-peminat K-pop adalah geng-geng dia yang minat kumpulan sama. Industri filem juga ada komuniti yang sering berbincang, berdebat dan kadang-kadang buat lawak tentang francais kegemaran dorang seperti peminat Star Wars, Marvel Cinematic Universe atau MCU dan jangan dilupakan peminat DC juga.

 Bidang solekan pun ada komuniti tersendiri yang dramanya kalah ahli politik kita tapi manusia ni kan pelik-pelik, ramai juga melibatkan diri dengan drama ni agaknya sebab takda benda lain nak buat selain dari nak tahu siapa gaduh ngan siapa tapi ada juga yang jenis duduk kat tepi nak tengok apa kesudahan dia.

Sis ni jenis ahli komuniti yang macam tu; Sis akan duduk diam-diam, tak menyebelahi sesiapa dan tengok apa yang akan jadi nanti. Sis ahli pasif dalam komuniti bola bukan sebab apa. Walaupun Sis dah lama tengok bola, Sis bukannya pandai sangat pun.

Faham tu faham tapi adakah Sis faham sepenuhnya taktik-taktik atau strategi setiap pengurus bola sepak di dunia ni? Tidak. Jadi apa yang Sis buat kat Twitter bola ni atau lebih dikenali sebagai “football twt “ adalah cuba faham mana yang tidak dan dapatkan perkembangan terkini tentang kelab-kelab bola sepak di dunia ni namun, komuniti bola sepak kat Twitter ni sebenarnya menghiburkan juga.

Sis terlibat dengan komuniti bola kat Twitter ni dah lama dah. Dulu sebab nak tahu perkembangan transfer window daripada wartawan-wartawan macam Gianluca DiMarzio, Duncan Castles dan juga Fabrizio Romano tapi lama-lama banyak akaun Twitter bola ni dapat banyak interaksi sebab dorang bukan sahaja bagi pendapat yang bernas tapi buat lawak juga sama ada tentang kelab lain atau kelab dorang sendiri.

Komuniti bola sepak kat Twitter terutamanya liga-liga antarabangsa ni ada pengguna-pengguna yang personalitinya sangat menonjol walaupun kebanyakan daripada dorang tak tunjuk muka sebenar sebab gambar profil dorang selalunya siapa yang dorang minat atau “rep” pada ketika itu.

Untuk Sis, komuniti ni sangat unik sebab walaupun mereka sokong kelab yang berbeza, dorang puji juga kelab yang main bagus atau menang sesuatu – walaupun kadang-kadang macam perli pun ada tapi untuk Sis, komuniti ni macam satu ruang yang positif di mana memuji pemain atau cara permainan kelab lain ni tak melanggar undang-undang.

Football twt ni juga satu tempat di mana kritikan sangat dialu-alukan. Peminat boleh ada pendapat dorang sendiri. Memanglah ada yang tak setuju kadang-kadang tapi dorang akan berdebat dengan cara yang matang, tanpa mengungkit sifat peribadi seseorang – bukannya macam peminat K-pop yang setengahnya sampai kata orang tu buruk semata-mata sebab tak suka kat kumpulan tu, macam dia tu cantik sangat je nak kata orang buruk..

Apa yang Sis cuba ketengahkan adalah di komuniti bola sepak, mereka tengok lebih daripada fizikal dan kehidupan peribadi seseorang. Mungkin kehidupan seseorang itu teruk, tapi kami di komuniti hanya berhak bercakap tentang benda yang jadi atas padang, kat luar tu lantak. Kalau bercakap pasal keperibadian pun, dorang akan buat lawak yang tak sensitif dan sekadar buat hiburan je.

Hari tu masa Marcus Rashford tak boleh main sebab “dead leg”, ada akaun kat Twitter ni cakap yang Rashford boleh “pinjam” kaki dia untuk perlawanan nanti. Rashford pun layan je lah sampai reply emoji kat si member  tu.

Namun, buat-buat lawak pun komuniti bola sepak ni pun ada otak jugak kadang-kadang.

Macam Sis cakap, Sis suka nak fahamkan bola sepak ni macam mana. Tengok tu seronok tapi kalau ada kefahaman mendalam tu mungkin lagi padu dan banyak akaun-akaun Twitter ni yang membuat analisis pasal statistik player masa perlawanan atau purata formasi sebuah pasukan Ketika perlawanan dan ada yang sampai jelaskan satu-satu apa yang jadi.

Sis dulu tak pernah lah faham terma macam “aerial duels won”  atau xG tapi sebab  akaun-akaun kat Twitter sangat gemar nak jelaskan kat orang dia jadi lebih menarik nak belajar.

Contohnya macam akaun Statman Dave atau UtdArena. Antara dua akaun yang sis suka baca. Ada banyak lagi akaun bagus tapi Sis konon minimalist dan tak nak timeline bersepah jadi Sis follow dua tu je. Sebab dorang lah, sampai sekarang sis dah ada hobi baru tengok video pasal strategi atau taktik-taktik jurulatih sebab nak fahamkan apa jadi atas padang sebenarnya.

 Komuniti kan Twitter ni pun suka bagi cadangan macam mana nak main lagi bagus atau siapa yang kelab patut beli. Kadang-kadang bagus tapi kadang-kadang acah bagus. Mungkin mereka semua ni tengah marah kot masa tu jadi dorang ni cakap macam si pengurusnya baru mula kerja samalam. Ye, mungkin ada betulnya dorang cakap tapi sis tak suka yang acah pandai sampai nak hina orang. Kau pergilah masuk padang tu buat kerja dia kalau boleh.

Tapi penyokong ini sebenarnya banyak je betul yang dia cakap sebab dorang lebih mengenali kelab tu dari orang lain. Mungkin Nampak macam agresif cara percakap pun, tapi itu sebab mereka tahu kelab dorang sokong tu layak untuk duduk kat bahagian atas table  atau pengurus yang lebih baik.

Semua kritikan yang datang daripada penyokong ni ada kalanya agak over dan terlebih emosi tapi semua itu sebab kesetiaan dorang kat kelab dorang. Sis faham sebab sis pun antara yang akan begitu juga tapi benci itu tidak akan wujud kalau tidak wujudnya kasih saying, gitu.

Satu lagi yang sis suka pasal komuniti ni adalah dorang semua hidup tanpa perbalahan yang boleh mengguris perasaan orang lain. Semua orang hidup sekali, menangis sekali dan bergaduh pun sekali – untuk lawan balik mana-mana manusia yang melebihi batas sebab dorang tahu, bola itu hanya satu sukan yang walaupun kita gemar macam mana pun, kita tidak boleh campurkan benda peribadi.

Ia macam satu komuniti yang saling mengutuk tu perkara biasa tapi saling menghormati pun tetap kena ada. Sis sebagai manusia yang tak perlukan benda-benda toksik ni, suka komuniti di mana masing-masing ada pendapat masing-masing dan kalau tak setuju, kita boleh untuk tidak setuju. Walaupun kena bantai, tapi dia akan bantai sampai situ je, takdanya nak lebih-lebih.

Dari pendapat Sis, sekian bertahun bergelak dan menangis sebab football twt, komuniti bola sepak ni atau sukan secara am adalah antara yang paling chill kat dunia ni.

Walaupun ada lah beberapa yang rasa macam kalau boleh masuk tangan dalam fon pastu tampar, banyak lagi orang yang tak membuatkan kita sakit hati atau terguris perasaan sampai nak deactivate.

Sis rasa macam ini je tempat yang sis rasa selamat dan tak sakit kepala nak masuk sebab sikap dorang semua ni dan sis rasa sangat berterima kasih dengan personaliti pelik-pelik yang wujud kat Twitter ni sebab sudi menghiburkan dan menjelaskan tentang fenomena dalam sukan ni.

Korang suka komuniti Twitter mana dan kenapa? NFL ke? NBA ke? Atau korang sebahagiaan daripada Twitter yang suka misteri dan konspirasi? Komen lah di bawah atau kongsikan di [email protected]

Itu sahaja dari sis buat minggu ini, ya semua! Salam Sabtu dan jumpa minggu depan. Untuk penyokong Chelsea, jumpa di Stamford Bridge Ahad ini!

  • Penulis adalah graduan Kewartawanan UiTM